Footer Text: Lorem ipsum dolor
Committed to YOUR Well-being...
Vincent’s S.C.A.N.S 
Ear, Nose and Throat (ENT), Head and Neck Surgery
Specialist Clinic
"TONSILLECTOMY" merujuk kepada pembedahan untuk memotong keluar kelenjar tonsil. "ADENOIDECTOMY" merujuk kepada pembedahan untuk memotong keluar kelenjar adenoid yang berada di belakang hidung Kedua-dua pembedahan ini dapat dilakukan sekaligus (dipanggil "ADENOTONSILLECTOMY") ataupun secara berasingan. Anda dikehendaki puasa (tiada makanan dan minuman) unutk 6 jam sebelum menjalani pembedahan tersebut. Pembedahan ini memerlukan ubat bius seluruh badan (’general anesthesia’) (iaitu pesakit akan ‘tidur’ dan tidak sedar diri sepenuhnya.) Apakah yang Akan Saya Bakal Alami ? Selepas   pembedahan,   doctor   pakar   bius   and   jururawat   akan   terus   memantau   keadaan   anda   semasa   anda   perlahan-lahan   bangun   daripada   kesan ubat bius. Anda mungkin akan diberikan oksigen untuk bernafas dan cecair intravena (cecair yang dimasukkan ke dalam badan melalui salur darah). 1. Pada    peringkat    ini,    anda    mungkin    masih    merasa    mengantuk,    pening    dan    loya.    Sesetengah pesakit   mungkin   mengalami   sakit   tekak   kerana   tiub   pernafasan   yang   dimasukkan   melalui   tekak   semasa pembedahan   tadi.   Anda   diminta   bertenang   dan   bernafas   seperti   biasa.   Anda   tidak   perlu   merasa   takut untuk   batuk   atau   bertanyakan   soalan   kepada   staf   ataupun   jururawat   di   bilik   pembedahan.   Ingatan   anda pada masa ini mungkin masih kabur dan sesetengah pesakit mungkin mengalami mimpi. 2. Oleh   kerana   kesan   ubat   bius   dan   ubat-ubatan   lain   yang   digunakan   semasa   pembedahan,   anda mungkin    merasa    loya    dan    akan    muntah.    Sekiranya    ada    kesan    darah    dalam    kahak    anda    ataupun semasa    muntah,    jangan    bimbang    atau    panik.    Ini    adalah    normal    dan    bukan    sesuatu    yang    di    luar jangkaan. 3. Selepas   pembedahan   anda,   apabila   anda   telah   bangun   sepenuhnya   daripada   kesan   ubat   bius (biasanya    mengambil    tempoh    2    sehingga    4    jam    selepas    meninggalkan    bilik    pembedahan),    anda dibenarkan meminum dan mengambil makanan. Anda mungkin masih lagi merasa sakit tekak. 4. Pemakanan/diet: Amatlah   penting   untuk   menjaga   pemakanan   anda   dalam   beberapa   hari   pertama selepas pembedahan.  Anda   digalakkan   banyak   meminum   air   kosong   dan   mengambil   makanan   lembut   dan   sejuk   seperti aiskrim dan jeli. Elakkan :    Makanan    dan    minuman    panas    kerana    ini    akan    meningkatkan    risiko    pendarahan    selepas pembedahan. Galakkan:      Makanan   dan   minuman   sejuk   kerana   ini   akan   mengurangkan   risiko   pendarahan   selepas pembedahan. Ia juga kurang menyakitkan pada tekak anda yang masih luka. Elakkan:         Jus    oren    dan    minuman    bergas    (cola),    minuman    masam    kerana    ini    akan    meningkatkan kesakitan pada luka tempat pembedahan. Selepas beberapa hari, cubalah makanan yang lembut. Galakkan:  mi, bubur (sejuk), jeli/puding, dadih/yogurt, aiskrim Elakkan:  Makanan pedas, panas, keras Selera makan anda dijangka kembali ke normal tidak lama lagi 5. Tambahkan meminum air supaya badan anda tidak mengalami kekurangan air (dehidrasi). 6. Anda    mungkin    masih    mangalami    sakit    tekak    ataupun    ada    kesan    darah    dalam    kahak    anda. Namun,   sekiranya   terdapat   pendarahan   segar   ataupun   dalam   amaun   yang   banyak,   anda   perlu   berjumpa doctor     SEGARA.          Anak     tekak (uvula)   anda   mungkin   akan   terus   bengkak   untuk   3   atau   4   hari   seterusnya.   Ataupun   anda   mungkin merasai     sesuatu     terlekat     dalam tekak anda menyebabkan anda sentiasa menelan air liur. Jangan bimbang. Keadaan ini akan reda dalam beberapa hari akan datang. 7. Sekiranya   kesakitan   anda   berterusan,   sila   makan   ubat   penahan   sakit   (contohnya,   paracetamol 'Panadol',       diclofenac       'Voltaren', celecoxib   'Celebrex',   etoricoxib   'Arcoxia')   yang   telah   diberikan   untuk   anda.   Anda   juga   boleh   kumur dengan     ubat     kumur     (contohnya. Difflam,   chlorhexidine,   hydrogen   peroxide)   untuk   membersihkan   bahagian   belakang   tekak   anda   selepas makan   untuk   mengurangkan   bau   busuk.   Ubat   penahan   sakit   anda   boleh   dihentikan   pada   bila-bila   masa sahaja apabila kesakitan telah reda. 8. Elakkan ubat-ubatan yang mengandungi aspirin kerana ini akan meningkatkan risiko pendarahan 9. Anda   mungkin   merasakan   suara   anda   telah   bertukar   ataupun   sengau.   Ini   adalah   disebabkan   ruangan   yang   lebih   besar   dalam   tekak   anda   kini.     Anda dijangkakan dapat bernafas dengan lebih mudah sekarang. 10. Anda   mungkin   merasakan   kesakitan   dalam   sebelah   ataupun   kedua-dua   belah   telinga anda.    Ini    adalah    biasa    pada    minggu    pertama.    Ini    dipanggil    'referred    pain',    disebabkan bekalan   system   saraf   yang   sama   di   tekak   dan   telinga.   Ini   tidak   bermaksud   telinga   anda bermasalah.   Namun,   sekiranya   kesakitan   telinga   berterusan,   anda   diminta   kembali   berjumpa doktor anda. 11. Anda   mungkin   juga   mengalami   demam   rendah   (suhu   tidak   melebihi   37.5   Celcius)     untuk beberapa hari. Sila pantau suhu badan anda. 12. Anda   mungkin   akan   nampak   selaput   ('slough')   putih-kekuningan   pada   luka   tempat pembedahan   (sila   rujuk   gambar).      Ini   adalan   proses   penyembuhan   yang   normal   dan   tidak bermaksud luka anda dijangkiti. 13. Nafas   anda   mungkin   berbau   akibat   selaput   tersebut.   Jangan   bimbang   kerana   ini   cuba   sementara   untuk   lebih   kurang   seminggu.   Selepas   itu, nafas anda dijangka kembali normal.   Bilakah Boleh Saya keluar daripada Hospital ? Selepas anda mula makan dan jika keadaan anda mengizinkan, anda boleh keluar/discaj dari hospital pada keesokan pagi. Amatlah penting untuk anda cuba makan dan minum walaupun tekak anda masih sakit. Anda akan diberitahu tarikh temujanji seterusnya di Klinik ENT. Anda   boleh   kembali   bekerja   dalam   masa   sekitar   1-2   minggu.   Bergantung   pada   seberapa   cepat   anda   meneruskan   diet   normal   dan   tingkat   rasa   sakit   / tidak   selesa,   kebanyakan   orang   dewasa   memerlukan   sekitar   1   minggu   untuk   memulihkan   diri.   Anak-anak   mungkin   memerlukan   masa   yang   lebih lama. Anda akan diberikan sijil cuti perubatan (MC) untuk tempoh ini. Anda   digalakkan   untuk   menjauhi   persekitaran   berasap   dan   orang-orang   yang   mengalami   batuk,   selsema   atau   jangkitan   lain.   Jangkitan   tekak   dalam tempoh   masa   ini   boleh   menyebabkan   pendarahan.   Sekiranya   ini   terjadi,   anda   akan   perlu   pergi   terus   ke   Unit   Kemalangan   dan   Kecemasan   (A   &   E) yang terdekat. Bilakah Perlu Saya Menghubungi Doktor ? Pendarahan Kesakitan berterusan Tidak dapat kembali makan atau minum seperti biasa Demam tinggi Risiko   utama   adalah   pendarahan   (2-4%   daripada   kesemua   kes).   Sementara   sedikit   kesan   darah   dalam   air   liur   mungkin   dijangkakan,   pendarahan segar   dan   banyak,   memerlukan   perhatian   SEGERA    !   Jika   anda   mempunyai   darah   merah   segar   lebih   dari   2   sudu   teh,   sila   kembali   ke   klinik   ENT   atau unit kemalangan dan kecemasan (A&E) yang terdekat. Bergantung   pada   jumlah   amaun   pendarahan,   anda   mungkin   perlu   kembali   ke   bilik   pembedahan   untuk   dihentikan   pendarahan.   Ubat   bius   akan digunakan   sekali   lagi.   Perdarahan   juga   boleh   berlaku   antara   5   hingga   10   hari   selepas   pembedahan.   Ini   adalah   hampir      selalu   kerana   disebabkan jangkitan. Jika   ubat   penahan   sakit   tidak   berjaya   mengurangkan   kesakitan   anda   sehingga   menjejaskan   pemakanan   anda,   kemasukan   semula   ke   dalam   wad adalah perlu. Dalam wad, anda akan diberikan suntikan ubat penahan sakit yang lebih kuat. Jika   anda   mengalami   demam   berterusan   (   suhu   melebihi   38   °   C   atau   100   °   F)   selama   lebih   daripada   48   jam      ataupun   jika   anda   mula   menggigil,   ini mungkin adalah petanda jangkitan kuman. Jangkitan meningkatkan risiko pendarahan dari luka pembedahan. Dengan itu, kami berharap agar anda cepat sembuh daripada pembedahan anda !
Penjagaan Selepas Pembedahan    Tonsil & adenoid Ubat-ubatan yang anda mungkin diberikan semasa keluar dari wad:  •	Ubat penahan sakit (contohnya. paracetamol ‘Panadol’, diclofenac ‘Voltaren’, celecoxib ‘Celebrex’, etoricoxib ‘Arcoxia’)  •	Ubat kumur (contohnya, Difflam, chlorhexidine, hydrogen peroxide)  •	Antibiotik (contohnya, Augmentin, Zinnat) •	Xylocaine/Lignocaine viscous
Adenoid & Tonsil Surgical Care (Bahasa Malaysia/ Malay language)
Kanan: Pandangan rongga mulut dan orofarinks (bahagian atas tekak) dari jarak dekat Kiri: Pemeriksaan rongga mulut menunjukkan kelenjar tonsil yang besar (garisan merah). Bandingkan dengan gambar sebelah kanan (tanpa kelenjar tonsil yang besar) © Vincent Tan ENT Anak tekak (uvula)
Penjagaan Selepas Pembedahan Adenoid & Tonsil
PENDIDIKAN
Informasi ini adalah untuk makluman am sahaja. Sekiraya ada kemusykilan, sila rujuk versi Bahasa Inggeris untuk maksud sebenar.  Kesan rawatan dijangka berlainan untuk setiap pesakit. Sila berbincang dengan doctor anda untuk maklumat lanjut Hakcipta terpelihara vincENT Specialist Solutions 2011.
MUAT TURUN
Kembali ke muka surat sebelum ini
(Dokumen PDF akan buka dalam tetingkap baru)
Copyright Vincent Specialist Solutions Sdn Bhd 2016. All rights reserved
Last update:  10/1/13 
Adenoid & Tonsil Surgical Care (Bahasa Malaysia)
Adenoid &  Tonsil Surgical Care (Chinese language)
BAHAGIAN HUJUNG KEPALA PESAKIT ‘Tonsillectomy’ sedang dijalankan dengan bantuan ubat buis MULUT  PESAKIT © Vincent Tan ENT MULUT PESAKIT BAHAGIAN HUJUNG  KEPALA PESAKIT
( Mouse over to zoom in)
Hari   ke-2   selepas   “tonsillectomy”:   Selaput   putih- kekuningan     (anak     panah     merah)     pada     luka tempat    pembedahan    dijangkakan.    Anak    tekak juga mungkin bengkak (* merah)
*
Hari   ke-5   selepas   “tonsillectomy”:   Selaput   putih- kekuningan   (anak   panah   putih)   pada   luka   tempat pembedahan    sudah    berkurangan.    Anak    tekak juga semakin kurang bengkak (* putih)
*
Sebelum   “tonsillectomy”:   Betapa   besarnya   tonsil   ! (garisan merah) 
© Vincent Tan ENT
Hari   ke-11   selepas   “tonsillectomy”:   Selaput   putih- kekuningan   pada   luka   tempat   pembedahan   sudah hilang    sepenuhnya.    Tempat    pembedahan    akan sembuh sepnuhnya tidak lama lagi.
Best viewed with Google Chrome browser
ENT
D R. V INCENT T AN Consultant Ear, Nose and Throat, Head and Neck Surgeon, MD (UKM), MS ORL-HNS (UKM), DOHNS RCS Edinburgh (UK), MRCS Edinburgh (UK), Postgrad. Cert.in Allergy (UK), A.M. (Mal), Fellowship in Rhinology (Singapore) Fellowship in Head and Neck Oncology & Surgery (Amsterdam)
+603-3377 7864  +6012-3760 728
ENTdrvincenttan@gmail.com