Ear, Nose and Throat (ENT), Head and Neck Surgery
Apakah kelenjar tiroid?
Tiroid
adalah
kelenjar
kecil
yang
terletak
di
bahagian
tengah
dan
depan
leher,
di
bawah
peti suara ('larynx').
Kelenjar
in
bertujuan
menghasilkan
sejenis
hormon
(iaitu
bahan
kimia
dalam
badan)
yang
dikenali
'tiroksin'.
Paras
hormon
yang
normal
diperlukan
untuk
memastikan
perkembangan
fizikal
dan
mental
yang
normal.
Dalam
orang
dewasa,
ia
menjamin
sel
hidup tubuh berfungsi pada kadar metabolic yang terkawal.
Apakah masalah yang mungkin timbul ?
Ketulan
atau
benjolan
mungkin
timbul
dalam
kelenjar
tiroid
menyebabkan
pelbagai
penyakit
tiroid.
Benjolan
tiroid
yang
jelas
dinampak
secara
luaran
dikenali
sebagai
Goiter.
Kelenjar
mungkin
terlibat
secara
keseluruhan
ataupun
terdapat
sebiji
atau
banyak
gumpalan.
Gumpalan
atau
benjolan
juga
berkait
rapat
dengan
masalah
ketidakseimbangan
rembesan
hormon
tiroid.
Masalah
ini
merangkumi
pesakit
dengan
hormon
tiroid
yang
dihasilkan
dalam
amaun
berlebihan
(hipertiroid)
atau
kesuntukan
(hipotiroid)
tetapi
kebanyakan
pesakit
goiter
mempunyai paras hormone tiroksin yang normal.
Gejala
penyakit
hipertiroid
termasuk
tangan
yang
terketar-ketar,
tidak
tahan
atau
sentiasa
merasa
kepanasan,
senang
naik
angin,
masalah
susah
tidur,
hilang
berat
badan
walaupun
selera
makan
baik,
mata
bengkak/terbeliak
(seperti
dalam
gambar).
Secara
amnya,
pesakit
mengalami kadar metabolik yang terlalu tinggi.
Gejala
penyakit
hipotiroid
yang
disebabkan
kadar
metabolik
yang
terlalu
rendah
pula
merangkumi
senang
keletihan,
berat
badan
yang
semakin
bertambah
dan
pemikiran
atau
percakapan yang lambat/tidak aktif.
Benjolan tunggal (’Single Nodule’)
Benjolan
tunggal
merupakan
kes
goiter
yang
istimewa.
Kebanyakan
(90%)
kes
tidak
berkanser,
sebaliknya
berupa
ketulan
berisi
cecair
('cyst')
ataupan
gumpalan
tisu
tiroid
yang
tidak
akan
merebak
atau
menghakis
struktur
berdekatan
(sebagaimana
kanser
akan
bertindak).
10%
lagi
biasanya
adalah
kanser
yang
tidak
agresif
('low-grade'),
yang
biasanya
dapat
diubati
sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, jarang-jarang sekali kanser yang bersikap agresif pun boleh berlaku juga.
'Multinodular goitre ' (MNG)
Kerapkali benjolan bukanlah tunggal tetapi banyak dan merupakan sebahagian daripada gejala bukan kanser yang dikenali sebagai
'mutilnodular goiter' (MNG). Kadang kala, ia mugkin didapati mengandungi sel kanser !
Gupalan koleksi cecair ('Cyst')
Gumpalan koleksi cecair dalam tiroid adalah kejadian agak biasa. Adakalanya, pesakit sendiri tidak menyedarinya tetapi ia boleh terus
membesar sehingga dapat dirasai pesakit sendiri.
'Colloid Nodules'
Ini adalah gumpalan bukan kanser yang terdiri daripada sel tiroid yang telah mengembang, dimana kandungannya berisi 'colloid'. Ia
mungkin tunggal ataupun banyak dan boleh mencecah saiz yang amat besar. Pembedahan
mungkin diperlukan sekiranya ia terlalu besar sehingga menghimpit salur pernafasan atau salur
makan dan juga sekiranya ia menjejaskan rupa atau kecantikan seseorang.
Ketumbuhan bukan kanser
Ketumbuhan jenis ini (biasanya jenis sel 'adenoma') disebabkan pertumbuhan sel folikel (iaitu
sejenis sel asas tiroid) yang tidak normal. Ia mungkin susah dibezakan daripada sel kanser tiroid
semasa ujian FNAC (sila rujuk sebelah). Pembedahan biasanya disyorkan unutk mendapatkan
kepastian diagnosis.
Kanser tiroid
Kanser yang paling biasa adalah jenis 'papillary' or 'follicular'. Kedua-duanya merangkumi lebih
daripada 90% jumlah kes kanser tiroid. Namun, ia jarang membawa padah. Kemungkinan sel
kanser merebak ke kelenjar limfa leher dan lebih jauh lagi seperti paru-paru memang wujud.
Namun peluang kanser jenis ini diubati sepenuhnya masih cerah. Pembedahan biasanya
diperlukan
Maka, apakah komplikasi penyakit tiroid ?
Goiter, terutamanya MNG, boleh membesar sehingga boleh menghimpit pada salur pernafasan
('trachea') dan salur pemakanan ('esophagus') menyebabkan kesesakan nafas, suara garau,
batuk, leher terasa tertekan dan susah menelan.
Dalam keadaan ini, pembedahan amat diperlukan. Pembedahan juga diperlukan sekiranya doktor
mengesyaki kanser dalam kelenjar tiroid yang membesar ataupun benjolan menjejaskan paras
rupa seseorang..
Jadi, bagaimana masalah ini ditangani ?
1. Ultrasound mungkin diperlukan untuk mengukur saiz kelenjar dan untuk mencari benjolan tiroid
lain.
2. 'Fine needle aspiration cytology' (FNAC). Ujian ini amat berguna dan tepat. Sampel sel yang kecil disedut melalui jarum daripada
benjolan tiroid tersebut, kemudian sel-selnya dikaji di bawah mikrosop untuk memberikan gambaran sebenar gumpalan tersebut.
Pengunaan ultrasound untuk memandu proses FNAC (seperti gamber di bawah) akan meningkatkan ketepatan proses pengambilan
sampel daripada benjolan kelenjar tiroid.
3. Pemeriksaan endoskopi peti suara untuk menyangkal kebarangkalian saraf peti suara terjejas sebelum dan selepas pembedahan.
Kanser kelenjar tiroid boleh menjejaskan saraf peti suara dan menyebabkan banyak masalah seperti suara bertukar garau, sedang
tersedak semasa minum air dan makan.
4. 'CT scan' mungkin diperlukan sekiranya kanser tiroid disyaki, kelenjar limfa leher terlibat ataupun tiroid jenis 'retrosternal' (iaitu tiroid
yang mengembang ke dalam rongga dada). Ia biasanya tidak diperlukan untuk gumpalan kecil.
5. Ujian darah untuk gambaran fungsi hormon kelenjar (fT4, TSH), tahap antibodi tiroid, thyroglobulin levels mungkin diperlukan.
Informasi ini adalah untuk makluman am sahaja. Sekiraya ada kemusykilan, sila rujuk versi Bahasa Inggeris untuk maksud sebenar. Kesan rawatan dijangka berlainan untuk setiap pesakit.
Sila berbincang dengan doctor anda untuk maklumat lanjut
Hakcipta terpelihara
vincENT Specialist Solutions 2011.
Copyright Vincent Specialist Solutions Sdn Bhd 2016. All rights reserved
for the English version
Last update: 10/1/13
Akhirnya, rawatan sama ada pembedahan atau tidak, amat bergantung kepada simptom dan keputusan ujian. Pembedahan mungkiin diperlukan
sekiranya benjolan menyebabkan simptom, terlalu besar ataupun kanser disyaki.
Keen to know more about
Head
and
Neck
Surgery
Services provided here ?
Pemeriksaan endoskopi peti suara. (Tiub
hitam sebagai lakaran endoskop tersebut)
(source of unlabelled diagram: Netter Atlas of Anatomy)
Pemeriksaan endoskopi peti suara sebelum
dan selepas pembedahan kelenjar tiroid
Penutupan peti suara yang tidak lengkap
(anak panah hitam) and pengumpulan air
liur berlebihan (anak panah kuning) akibat
kerosakan saraf peti suara, ‘recurrent
laryngeal nerve (RLN)’
© Vincent Tan ENT
Best viewed with Google Chrome browser
Footer Text: Lorem ipsum dolor