SELAMAT DATANG ke laman web Klinik Pakar Telinga, Hidung, Tekak (THT), Kepala dan Leher S.C.A.N.S Dr. Vincent Tan. Kami mengucapkan terima kasih kerana sudi mengunjung.Kami menyediakan perkhidmatan komprehensif telinga, hidung, tekak, kepala dan leher untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Kami berharap dapat membantu anda dan orang yang tersayang. “Apa penyakit yang dirawat di sini oleh pakar kami?”Dalam bahasa Inggeris, ENTHNS adalah kata singkatan kepada ”Ear, Nose and Throat, Head and Neck Surgery” , iaitu Telinga, Hidung, Tekak (THT), Kepala dan Leher .Ear, Nose and Throat (ENT) juga dikenali sebagai Otorhinolaryngology (ORL). (Dalam bahasa perubatan, Oto = telinga, Rhino = hidung, Larynx = peti suara ataupun tekak secara am)Pakar anda berpengalaman untuk merawat keadaan/penyakit/gejala berikut di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak :•hidung tersumbat, hidung berair dan bersin, alahan hidung•pendarahan hidung, jangkitan, penyakit resdung•kanser nasofarinks (NPC)•Berdengkur dan gangguan tidur, apnea/terhenti bernafas semasa tidur (OSA) •Benjolan/bengkak leher dan tumor / kanser (seperti kelenjar limfa, kelenjar tiroid dan kelenjar air liur)•Sakit tekak dan tonsilitis•Masalah tekak atau kesukaran menelan•Refluks•Masalah suara atau serak•Tahi telinga•Kehilangan pendengaran, pekak, bunyi berdering dalam telinga•Jangkitan telinga, kesakitan, berair atau bernanah•Pening, pitam dan vertigo•Bendasing dalam telinga, hidung dan tekak•Sakit muka“Eh, siapa ni !? “informasi penuh pakar anda boleh dibaca di sini: Amalan Dr Vincent merangkumi semua bidang diagnostik, terapeutik (perubatan dan pembedahan) - perkhidmatan THT, kepala dan leher. Selain itu, berdasarkan latihan dan pengalaman beliau, beliau juga telah membina minat dalam "SCANS" (dalam bahasa inggeris).S = sinus and nasal diseases (resdung dan penyakit hidung)C = cancer of the ENT, head and neck region(kanser telinga, hidung, tekak & leher)A = allergy in ENT (Alahan dalam telinga, hidung & tekak)N = neck lumps, swellings and tumours(bengkak/benjolan pada telinga, hidung, tekak & leher)S = snoring and sleep apnea-related disorders(Berdengkur dan gangguan tidur, apnea/terhenti bernafas semasa tidur (OSA) Beliau juga boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin, dialek Hokkien dan Kantonis (dan juga beberapa perkataan dalam bahasa Tamil!)“Dimanakah klinik/hospitalnya ? “Klinik dan hospital bertempat di :•Bandar Baru Klang, KlangKami kini secara rasmi berpangkalan di KPJ Specialist Hospital Klang di Bandar Baru Klang - sebaik sahaja apabila anda memasuki bandar Klang di sepanjang lebuh raya Persekutuan dan NKVE dari Shah Alam / Subang / Petaling Jaya / Kuala Lumpur. Ia berhubung dan mudah diakses dengan lebuh raya, hanya ...o5 minit dari Setia Alamo10 minit dari Shah Alamo15 minit dari Subang Jayao20 minit dari Petaling Jayao30 minit dari pusat bandaraya Kuala Lumpur Selain itu, klinik baru ini dilengkapi dengan alat diagnostik dengan teknologi baru, dan suasana yang lebih selesa di suite perundingan. Hospital modern ini juga dapat memenuhi keperluan pesakit luar dan semua perkhidmatan pesakit dalam, termasuk kemudahan pembedahan untuk anaethesia tempatan dan am, pembedahan harian antara lain.Untuk maklumat lebih lanjut mengenai hospital pakar ini, sila klik pada logo KPJ untuk masuk.Anda juga boleh melawat beliau di sini pada halaman laman web peribadi KPJ rasmi beliau untuk temujanji perundingan dan pertanyaan lanjutan.Jadual Perundingan Terbaru Jadual perundingannya yang terbaru boleh didapati di sini.Memandangakan kerumitan kes dan tempoh perundingan berbeza-beza antara pesakit, perundingan adalah berdasarkan giliran kehadiran “first-come-first-served”. Walau bagaimanapun, anda masih dialu-alukan untuk bertanya atau menempah temujanji. Kita akan cuba yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda. Butiran lanjut jadual dan masa operasi klinik boleh didapati di sini.Klinik petangdiadakan pada hari Isnin setiap minggu pada jam 6 - 9pm di Hospital Pakar KPJ Klang.
Lorem i
Nilai-nilai kami -the ’ABC’s :Di klinik kami, kami memegang kepada prinsip kami yang membimbing amalan kita, iaitu: Available (sentiasa dapat dihubungi dan dibawa berunding)Affordable but not compromising on quality(harga yang berpatutan tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan)Better outcome-oriented means YOUR better well-being (kejayaan rawatan yang membawa kepada kesejahteraan ANDA)Competent, skillful and experienced (mahir dan berpengalaman)Competitively-priced (harga berpatutan/ kompetitif)Compassionate and friendly (penyayang dan mesra)
Janji kamiKami komited untuk kesejahteraan anda. Seperti kata pepatah ... kesihatan adalah kekayaan. Kami menyediakan perkhidmatan komprehensif telinga, hidung, tekak, kepala dan leher untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Di sini, kanak-kanak amat dialu-alukan.Kami komited untuk menyediakan kualiti penjagaan yang tinggi dan perubatan profesional berasaskan bukti perubatan yang kukuh, dalam persekitaran yang selesa dan mesra kepada semua pesakit yang dihormati dan ahli keluarga mereka. Kami percaya dalam pendekatan yang jujur dan “multidisplinary” untuk rawatan penyakit ini melalui perbincangan terbuka dengan pesakit dan kerjasama rapat dengan pakar klinikal dan/ atau ahli terapi lain dalam bidang yang berkaitan.Malah, terdapat pelbagai jenis rawatan untuk pelbagai masalah ENT, pembedahan atau tanpa pembedahan. Kami percaya dalam memberikan pesakit maklumat yang mereka perlukan untuk memilih rawatan yang bersesuaian dengan mereka yang terbaik, demi kepentingan mereka sendiri kesejahteraan.Ciri-ciri KhususKami juga percaya beberapa teknologi terkini, apabila digunakan dengan bijaksana, menambah kelebihan untuk membantu diagnosis dan rawatan dalam keadaan yang dipilih. Antara ciri-ciri ini termasuk::•“Narrow Band Imaging (NBI) Endoscopy”, teknologi baru untuk meningkatkan sensitiviti dalam siasatan kes kanser berbanding cara endoskopi biasa, “white-light endoscopy”•In-clinic Ultrasound-guided Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC)- iaitu pengunaan ultrasound dalam klinik untuk memandu proses pengambilan sampel melalui jarum halus daripada benjolan/ketumbuhan kelenjartiroid, kelenjar air liur, kelenjar limfa di leher, untuk meningkatkan peluang kejayaan mendapatkan sampel terbaik dan juga untuk keselesaan anda•Surgeri menggunakan Laser atau alatan lebih moden/canggih Senarai penuh perkhidmatan THT, Pembedahan Kepala dan Leher boleh diakses dari sini. Kami juga menawarkan pakej Saringan THT yang menarik kepada individu yang mementingkan kesihatan dan sentiasa meletakkan kesihatan mereka sebagai keutamaan teratas. Pengamal perubatan am (GP) .. Sesuatu untuk anda juga...Bagi doktor pengamal perubatan am (GP), kami juga menjemput anda untuk Pendidikan Perubatan Berterusan (CME) program bulanan di mana mata CME akan diberikan. Butiran lanjut di sini.Maklumat terkini di laman webKami berusaha untuk sentiasa mengemaskini dan terus memperbaiki laman web ini dalam usaha kami meningkatkan mutu perkhidmatan dan pendidikan anda. Laman-laman pendidikan boleh accesed dari bahagian 'Pendidikan'.Sila semak 'Update Log' untuk perubahan yang terkini.Komited pada kesejahteraan ANDA...Kami akan berpegang pada janji tersebut. Itulah janji kami.
DR. VINCENT TANPakar Perunding Telinga, Hidung & Tekak, Bedah Kepala & LeherMD (UKM), MS ORL-HNS (UKM), DOHNS RCS Edinburgh (UK), MRCS Edinburgh (UK), Postgrad. Cert.in Allergy (UK), A.M. (Mal), Fellowship in Rhinology (Singapore)Fellowship in Head and Neck Oncology & Surgery (Amsterdam)